Cart 0

Susu Kocak Coklat Alpukat Keto-mesra

Susu Kocak Coklat Alpukat Keto-mesra

JOYMIX SUSU KOCAK COKLAT APUKLAT KETO-MESRA RESIPI

Ingin mencuba susu kocak yang sihat bagi memastikan anda bertenaga sepanjang hari? Kombo choklat dan apuklat inilah susu kocak yang mengandungi lemak yang anda perlukan! 


Masa persediaan: 15min


Bahan:

- 1/2 apuklat

- 1 cawan susu almond tanpa gula

- 1 sudu serbuk koko tanpa gula 

- 1 sudu Joymix MCT oil

- 1/8 sudu Himalaya Pink Salt


Langkah:

1. Masukkan semua bahan dalam mesin pengisar.

2. Masukkan ais dan hidupkan mesin pengisar.

3. Hentikan mesin pengisar, mengeluarkan isi susu kocak dan menikmatinya.


Nilai Nutrisi:

Setiap hidangan berjumlah 37g lemak, 7g karbohidrat bersih, dan protein 7g. Kalori setiap hidangan: 407. 

Nilai karbohidrat bersih diperoleh daripada pengurangan serat (11g) daripada jumlah karbohidrat resipi ini (18g). 

Makro dikira melalui Carb Manager dan disediakan untuk rujukan kasar sahaja. Untuk memastikan ketepatan, mengira makro mengikuti pengiraan sendiri digalakkan. 

Nota mengenai penggunaan minyak Joymix MCT: Jika anda baru mencuba minyak MCT, mulakan dengan 1 sudu teh setiap hidangan terlebih dahulu. Sehingga badan anda biasa dengan minyak MCT, anda boleh naik hingga 1 tbsp setiap hidangan secara beransur-ansuran. 



Older post Newer post