Cart 0

Resepi Mudah Sate Ayam Carb Rendah dengan Kuah Kacang Penuh Kelazatan

Resepi Mudah Sate Ayam Carb Rendah dengan Kuah Kacang Penuh Kelazatan

Resepi Sate Ayam Carb Rendah dengan Kuah Kacang ini mudah dibuat dan terjamin enak! 

Tip: Untuk menjamin kesedapan dan tekstur 'juicy' pada sate, gunakan kiub isi ayam berkulit. Mentega kacang kasar tanpa gula juga telah digunakan untuk mempercepatkan penyediaan kuah kacang. 


Masa penyediaan: 30 minit

Masa pemasakan: 45 minit

Saiz hidangan: 4 orang


Bahan-bahan Sate Ayam

  • 500 g isi ayam berkulit tanpa tulang (dipotong berbentuk kiub)
  • 1/2 bawang merah besar
  • 5 labu bawang putih
  • sekeping halia (lebih kurang 5g)
  • sekeping lengkuas (lebih kurang 5g)
  • sekeping kunyit (lebih kurang 5g)
  • 2 batang serai (guna bahagian batang lembut sahaja)
  • air
  • 1 sudu kecil Zerro Erythirol
  • Garam Himalayan untuk perisa
  • Minyak masak kelapa (semasa memanggang)

Kuah Kacang

  • 10 biji cili kering (rendam dalam air panas dan keluarkan biji)
  • 3 labu bawang putih
  • 1 bawang merah besar
  • 1 batang serai (guna bahagian batang lembut sahaja)
  • sekeping lengkuas (lebih kurang 5g)
  • air
  • 1/4 cawan minyak masak kelapa
  • 1/4 cawan mentega kacang kasar tanpa gula
  • 1 sudu kecil Zerro Erythirol
  • 1 sudu kecil pes asam jawa
  • 1 tsp liquid aminos (pengganti kicap)
  • Garam Himalayan untuk perisa

Bahan-bahan lain 

  • 100g lobak turnip (dipotong berbentuk kiub)
  • 75g timun (dipotong berbentuk kiub)
  • 1 bawang merah besar (dipotong berbentuk kiub)
  • Lidi sate (rendam dalam air 15 minit sebelum digunakan)

Cara membuat sate ayam

1. Campurkan bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, serai, Zerro Erythritol, garam dan gaul dengan air sehingga menjadi pes sate.

2. Perapkan kiub isi ayam dengan pes sate.

3. Cucuk isi ayam menggunakan lidi siap direndam.

4. Panaskan minyak pada kuali panggang.

5. Panggangkan sate ayam sehingga masak.

6. Hidangkan dengan kuah kacang, timun, lobak turnip dan bawang.


Cara membuat kuah kacang

1. Gaulkan cili, bawang putih, bawang merah, serai, lengkuas dan air sehingga menjadi pes.

2. Gunakan periuk, panaskan minyak masak kelapa.

3. Memasakan pes kuah sehingga warna bertukar gelap dan berbau.

4. Tambahkan mentega kacang, pes asam jawa, Zerro Erythritol dan liquid aminos, kacau rata dengan air ikut cita rasa masing-masing.

5. Tambahkan garam untuk perisa.


Setiap unit saiz hidangan mempunyai lebih kurang 57.2g lemak, 16g karbohidrat bersih, dan 42.3g protein.
Kalori setiap hidangan: 764 kcal.

Nilai karbohidrat bersih diperoleh daripada pengurangan fiber (2.2g) dan gula alkohol (2.2g) daripada jumlah karbohidrat resipi ini (20.3g)

Makro dikira melalui Cronometer dan disediakan untuk rujukan kasar sahaja. Untuk memastikan ketepatan, mengira makro mengikuti pengiraan sendiri digalakkan.    



Older post